Jumaat, 9 Ogos 2024

Aku Hanya Ingat Nama Dia Shahril


 Aku hanya ingat namanya Shahril. Sebenarnya nama dia lebih panjang lagi. Tapi aku betul-betul lupa nama penuhnya.

Aku kenal dia melalui classmate aku. Pertemuan pertama kami berlaku di air terjun Lata Kinjang. Dia seorang tentera berpangkat Kapten. Aku waktu itu tidak sepenuhnya hati kepada dia kerana waktu itu cinta bagiku tidak penting. Asalkan ada lelaki yang sudi berkawan dan mengajak aku keluar di hari cuti mengelak rasa boring terkurung di rumah sewa.

Cerita aku dan dia tak banyak. Aku juga lupa berapa lama mengenalinya. Kami sempat keluar beberapa kali berkelah dan mandi di air terjun. Dia memang jatuh cinta denganku tapi hatiku masih samar untuk dia. 

Apabila dia mula berbincang perihal ibunya dan berniat membawa aku berjumpa dengan ibunya, aku mula tarik tali. Aku belum terfikir ke arah itu.  Waktu itu telefon tangan belum ada. Dia akan datang ke rumah sewaku mengajak aku keluar. Namun aku enggan keluar.

Aku tak tahu bila kami mula terputus tapi seingatku apabila dia memberitahu dia terpaksa berkursus lama untuk kenaikan pangkat dan tidak dapat berjumpa denganku. Semenjak itu aku tanpa sedar kehilangan dia. Walaupun dia ada datang ke rumah sewa mencariku tapi aku waktu itu sudah keluar dengan lelaki lain. 

Dia agak kecewa menurut teman yang memperkenal kami. Tapi jiwa aku yang masih ingin bebas, tidak suka terikat dengan seseorang menyebabkan kami terputus hubungan hingga kini..

Itulah secebis kisah dengan lelaki asal Gopeng yang mengguna kereta Toyota Putih plate W... waktu itu. Kini aku hanya terbayang foto kenangan kami bersama di Air Terjun Lata Kinjang yang ibuku musnahkan ketika berkunjung ke rumah sewaku beberapa tahun kemudian. 

Aku Aje Ke Yang Perasan

 

Satu pagi aku dengan tiga orang kawan jogging dekat Taman Tasik dekat bandar kita orang tinggal. Pagi itu disebabkan hari bekerja, maka tak ramailah orang yang berada di kawasan tersebut.

Hari itu kebetulan kami ada aktiviti kecergasan fizikal di luar pejabat dan diberi kebebasan untuk berada di kawasan tersebut. Setelah berlari hampir 6 pusingan sejauh 1km setiap pusingan kami berhenti rehat. Kami mencuba guna alat senaman yang disediakan di kawasan tersebut.

Sedang leka melakukan senaman dengan alat tersebut, ada dua orang pemuda jogging di trek berdekatan. Dia membuat beberapa pusingan dan melintasi beberapa kali kawasan kami berkumpul. 

Aku sempat mencuri pandang lelaki yang memakai suit putih. Tinggi dan kacak nampak chinese look. Sambil membuat senaman kerana peralatan yang aku guna tu mengadap ke arah trek jogging, sempatlah aku ambil peluang cuci mata melihat ke arah lelaki tersebut. Setiap kali dia melintasi kawasan aku berada, aku ambik peluang curi-curi pandang ke arahnya.

Hinggalah semasa aku guna peralatan untuk angkat tubuh dan aku gagal melakukannya. Faktor berat badan yang dah rasa semakin berat aku tidak berjaya angkat tubuhku walaupun 1cm dari tanah.

Kebetulan dia melintasi kawasan itu dan aku perasan dia juga mencuri pandang ke arah kami. Tiba-tiba mulutku gatal menyebut..."Kalau berjaya buat benda ni, mesti laki aku terkejut tengok aku makin slim." Semua kawan-kawan aku ketawa masa tu.

Aku perasan lelaki yang sedang jogging itu dengar apa yang aku cakap. Dia melintasi kami seperti biasa namun untuk pusingan seterusnya tidak lagi kelihatan dia berlari melintasi kami.  Sehingga kami mengambil keputusan untuk balik, aku cuba mengintai keberadaan lelaki suit putih itu namun dia sudah tiada. 

Aku terfikir adakah... 

Ah mengarut ajelah. Aku sekadar suka tengok lelaki chinese looking aje. Takde niat lain ya.

Itu je cerita misteri aku kali ini.

Isnin, 29 Julai 2024

Aku Bukan Arogan


 Kadang kita rasakan diri terlalu arogan. Memiliki apa yang orang lain tiada. Samada material atau pangkat. Tapi kita berusaha untuk seimbangkan antara kenyataan atau pandangan orang. Kerana kita tahu hidup kita seharian masih memerlukan orang-orang disekeliling kita untuk mewarnai kanvas kehidupan kita dengan pelbagai corak abstrak yang kita sendiri tidak jangkakan.

Semalam aku rasakan banyak benda yang membuat rutin hidup seakan berubah. Tidak sama lagi apa yang aku lakukan sebelum ini tidak mampu untuk aku lakukan seperti kebiasaan. Bukan kesihatan menjadi alasan tapi persekitaran yang berbeza dengan adanya pertambahan penghuni baru dalam lingkungan kebiasaan harian.

Ada jiran baru tapi aku rasakan tidak layak untuk bertegur sapa. Bukan sebab sombong tapi aku rasakan kehadiran mereka sangat mengganggu privasi kehidupan aku yang tenang selama ini. Aku dapati orang lain boleh menerima perubahan ini tapi aku nafikan keadaan itu. Aku tidak lagi mampu untuk berpeleseran di perkarangan kehidupanku dengan santai lagi. Ada batasan yang mengengkang aku dari membuat rutin kegemaranku.Aku benar-benar tak selesa dengan suasana baru ini. Bila aku bertanya orang lama dipersekitaranku, mereka mengeluh juga namun tidak dapat berbuat apa-apa. Bersabarlah untuk beberapa bulan ini. Itu kata mereka. Aku tak mampu untuk bertindak seperti biasa... ADA AKU KESAH!

Rabu, 27 Disember 2023

Dia Yang Pernah Berteman Denganku


Entah kenapa tanpa aku sedari aku rupanya seorang yang mudah tertarik dengan lelaki malahan lelaki juga mudah tertarik denganku. Aku teringat pacarku yang entah ke berapa pernah mengatakan kepadaku setelah kami berhubungan semula. Katanya saat kami masih bersama dia tertarik kepadaku kerana body aku sexy. Aku tak tahu sexy tang mana sebab teman-teman gadisku mengatakan badan aku kurus kering tinggal tulang aje. Tapi aku tak nafikan ada beberapa lelaki yang aku kenali sebelum ini  suka berkawan denganku malahan ada yang sampai sekarang masih berhubungan. Malahan ada yang menangis gara-gara aku memutuskan untuk berpisah. Walhal kebanyakannya aku abaikan dan terputus seusai aku menyepi ikut peredaran waktu. Aku menyembunyikan identitasku. 

Cerita aku ini tentang dia jejaka yang aku sudah lupa yang keberapa. Aku kenal dia ketika di rumah sakit. Waktu itu aku masih lagi di awal pengajianku. Aku bersama teman-temanku dan kami bertegur sapa. Oleh kerana aku latihan praktikal di situ, maka aku akan berjumpa dengan dia selama dia berada di bangsal rumah sakit. Aku senang berbual dengannya. Semasa dia hendak keluar dari rumah sakit, dia menghulurkan secebis kertas mengandungi nombor telefonnya. Malahan ibunya yang menemaninya juga waktu itu, beria-ria mengajakku ke rumahnya. 

Selepas mendapatkan nombor telefonnya, aku menelefonnya. Dia sangat gembira bila aku menelefonnya. Dia tertunggu-tunggu panggilan dariku. Bermula dari situ kami mengatur pertemuan. Rupanya dia seorang pemain football mewakili negerinya. Aku kerap menemaninya latihan bola di padang. Aku juga mengenali beberapa orang temannya. 

Sepanjang mengenalinya aku kerap ke rumahnya menemui ibunya yang sudah menganggap aku anak adopsinya. Semenjak aku diperkenalkan dengan teman-temannya, kami tidaklah rapat sangat tetapi ada yang berani mengajak aku keluar apabila si dia outstation. 

Si dia suka menghantar bakul bunga jika aku merajuk. Kadang-kadang dia menghantar bekalan makanan yang dimasak ibunya ke hostel penginapanku. Malahan dia juga suka membelanjakan Guard di pintu hostelku agar memaksa aku keluar jika aku merajuk.

Pertemanan aku dengan si dia terputus apabila aku mula pindah kerja. Kini aku langsung terputus khabar darinya. Rindu? Entah bagiku kini tiada lagi rindu itu. Adalah sekali sekala teringat wajah dan suaranya yang lembut memujukku.

Kini dia hanya tinggal kenangan. 


(Curhat Seorang Kenalan)

Selasa, 19 Disember 2023

Baik Korang Install Apps Notion kat Fon Korang

Semenjak aku install Aplikasi Notion dekat aku punya fon, banyak membantu aku dalam menguruskan perancangan aktiviti harian. 

Awal pengunaan aku tak tau apa yang aku nak buat dengan notion. Setahun terperuk dalam telefon. Aku dah download template tapi masih buta huruf tak tau nak buat apa. Sehinggalah kebelakangan ini sekitar bulan Oktober 2023 aku mula terokai Notions. Cedok pelajaran dari Apps Lemon8, Pinterest, You Tube dan lain-lain barulah aku faham cara guna.

Sekarang kalau aku nak atur jadual aku guna Notion. Nak buat temujanji aku guna Calendar dalam fungsi Notion. Aku paling suka fungsi TO DO List. Aku boleh terus taip apa yang aku rasa aku nak buat pada waktu itu atau pada masa akan datang. Kemudian bila aku dah lakukan apa yang aku list tu aku akan tick. Ianya Automatik akan tergaris di atas tulisan menandakan aku dah buat. Kita boleh nak padam atau biarkan ianya tergaris begitu sahaja. Aku lebih suka biarkan menandakan kita dah pernah buat.

Selain itu fungsi blog pula aku boleh menaip terus skrip yang aku terlintas masa tu. Tak adalah aku beria-ria bayangkan tapi kemudian terlupa dah skrip asal dalam kepala sebab tak taip awal-awal. Dnegan adanya notion ni aku terus keluarkan telefon, buka apps notion dan taip apa yang aku nak taip.Ianya aku boleh buka di telefon atau di PC. Sebab kena log in guna email untuk masuk ke Notion ni. Ianya Auto save. Tak perlu risau hilang kecuali kita delete.

 Selain tu rekod perbelanjaan juga aku tulis kat Notion. Siap ambil gambar barang lagi. Sangat membantu rekod perbelanjaan.

Template My Calendar aku guna untuk meracang aktivit yang aku nak buat pada sesuatu tarikh. Malah aku tulis juga Virthday Keluarga dan kenalan yang aku ingat. Memang sangat-sangat menyenangkan.


Dengan adanya Notion tak perlu lagi guna kertas. Boleh rujuk gambar di bawah tentang kepelbagaian maklumat yang aku nak boleh kita buat kat Notion.


Berminat nak install boleh taip kat google play Apps NOTION. Install pastu sign up guna email. Pastu ada tutorial bermula nk guna Notion. Pastu carilah template yang menarik free taip Notion Template akan jumpa bermacam-macam pilihan.

Selamat Ber Notion!

Bukan Niat

Takde niat pun nak marah. Tapi terasa geram. Bila cakap begitu dibalas begitu. Pendapat orang langsung tak nak dengar. Bagilah peluang untuk orang bercakap. Bila dah habis orang bercakap dengarlah baru sambung. 

Bukan jaki sangat sampai nak marah tak tentu hala. Kena faham perbincangan mesti ada dua hala. Kala kita sorang nak kongker tak nak dengar dah idea orang lain itu namanya bagi ceramah. Bukan berbincang. Ni tak, kita je nak perbetulkan diri. Semua yang kita lakukan betul je rasanya.

Bila cakap berbincang orang lain pun akan kongsi idea cari jalan penyelesaian bukan nak bahas semata-mata bahas 24 jam. Aku pun bukanlah nak menang sorang tapi nak kongsi idea cari jalan penyelesaian. Bila dia buat gitu asyik nak potong apa orang cakap , maka naik hangin push-pus juga. Tu yang tanpa sedar tinggikan suara. 

Bila fikirkan balik rasa bodoh pula buat begitu. Nampak airmatanya jatuh bila aku tinggikan suara tapi aku enggan minta maaf nak biarkan dia fikir dulu. Nanti esok aku minta maaflah. 

Aku perhati dia nampak tersangat lemah nak berbanding orang lain. Banyak kerjanya tak siap. Kalau dah sampai teman-teman sekerjanya tegur, as a leader aku ada tanggungjawab untuk menyiasat dan memberi teguran secara berhemah. Tapi dia memang nak betul sendiri. 

Aku tau dia teliti bab kerja. tapi masih perlu dibimbing. Kalau dah unit lain komplen benda yang sama berulang aku tahu aku perlu buat sesuatu. 

Jadi aku mesti bergerak. Bukan namanya sahaja yang busuk tapi nama aku sebagai yang lebih tua darinya terpalit sama. Jangan sampai aku betul-betul buat Ada aku kesah?

Ahad, 17 Disember 2023

Bersabarlah

Merenung Langit malam

 Membaca mesej darinya membuat hati aku rasa terusik. Aplikasi hijau itu aku tutup rakus. Melemparkan benda pipih di tangan ke atas meja. Dibiarkan terdampar di situ. Aku rimas membaca mesej itu. Sengaja memprovok mindaku.

"Dalam akaun kamu ada tak 30,000. Aku mau tambahin di rekeningku. Aku perlu 150,000 untuk keluarkan dari Atm. Aku mau beli beras dan ikan."

Ayat itu sebenarnya biasa-biasa sahaja. Tapi aku yang menerimanya merasakan ayat itu seperti memerasku. Mempergunakan aku.

Lantas aku ambil kembali telefon itu lalu menggeserkan jemari ke atas skrin. Aplikasi hijau aku buka kembali.

" Maaf, akun aku di blocking. Enggak bisa transfer online."

Hanya beberapa detik kemudian dia membalasnya kembali. 

"Okey, kalau begitu aku harus ke Tengerang dengan motor mantet."

Hati aku berbelah bahagi dengan mesej balasan darinya. Aku tahu jarak ke Tengerang memakan masa hampir 1 jam lebih. Kasihan, simpati bahkan rasa sinis silih berganti.

Hanya nilai sebegitu dia mampu? Sedangkan selama ini aku yang menyediakan segala kebutuhannya. Tempat tinggal, segala biaya aku uruskan. Sekali sekala dia berbelanja untuk keperluan dapur sudah sangat aku syukuri. Namun hati aku ralat apabila dia menadah tangan merayuku...

Haruskah aku berubah demi sebuah matlamat yang tak pasti?

(Curhat Seorang Kenalan) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...