Satu pagi aku dengan tiga orang kawan jogging dekat Taman Tasik dekat bandar kita orang tinggal. Pagi itu disebabkan hari bekerja, maka tak ramailah orang yang berada di kawasan tersebut.
Hari itu kebetulan kami ada aktiviti kecergasan fizikal di luar pejabat dan diberi kebebasan untuk berada di kawasan tersebut. Setelah berlari hampir 6 pusingan sejauh 1km setiap pusingan kami berhenti rehat. Kami mencuba guna alat senaman yang disediakan di kawasan tersebut.
Sedang leka melakukan senaman dengan alat tersebut, ada dua orang pemuda jogging di trek berdekatan. Dia membuat beberapa pusingan dan melintasi beberapa kali kawasan kami berkumpul.
Aku sempat mencuri pandang lelaki yang memakai suit putih. Tinggi dan kacak nampak chinese look. Sambil membuat senaman kerana peralatan yang aku guna tu mengadap ke arah trek jogging, sempatlah aku ambil peluang cuci mata melihat ke arah lelaki tersebut. Setiap kali dia melintasi kawasan aku berada, aku ambik peluang curi-curi pandang ke arahnya.
Hinggalah semasa aku guna peralatan untuk angkat tubuh dan aku gagal melakukannya. Faktor berat badan yang dah rasa semakin berat aku tidak berjaya angkat tubuhku walaupun 1cm dari tanah.
Kebetulan dia melintasi kawasan itu dan aku perasan dia juga mencuri pandang ke arah kami. Tiba-tiba mulutku gatal menyebut..."Kalau berjaya buat benda ni, mesti laki aku terkejut tengok aku makin slim." Semua kawan-kawan aku ketawa masa tu.
Aku perasan lelaki yang sedang jogging itu dengar apa yang aku cakap. Dia melintasi kami seperti biasa namun untuk pusingan seterusnya tidak lagi kelihatan dia berlari melintasi kami. Sehingga kami mengambil keputusan untuk balik, aku cuba mengintai keberadaan lelaki suit putih itu namun dia sudah tiada.
Aku terfikir adakah...
Ah mengarut ajelah. Aku sekadar suka tengok lelaki chinese looking aje. Takde niat lain ya.
Itu je cerita misteri aku kali ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan