Entah kenapa tanpa aku sedari aku rupanya seorang yang mudah tertarik dengan lelaki malahan lelaki juga mudah tertarik denganku. Aku teringat pacarku yang entah ke berapa pernah mengatakan kepadaku setelah kami berhubungan semula. Katanya saat kami masih bersama dia tertarik kepadaku kerana body aku sexy. Aku tak tahu sexy tang mana sebab teman-teman gadisku mengatakan badan aku kurus kering tinggal tulang aje. Tapi aku tak nafikan ada beberapa lelaki yang aku kenali sebelum ini suka berkawan denganku malahan ada yang sampai sekarang masih berhubungan. Malahan ada yang menangis gara-gara aku memutuskan untuk berpisah. Walhal kebanyakannya aku abaikan dan terputus seusai aku menyepi ikut peredaran waktu. Aku menyembunyikan identitasku.
Cerita aku ini tentang dia jejaka yang aku sudah lupa yang keberapa. Aku kenal dia ketika di rumah sakit. Waktu itu aku masih lagi di awal pengajianku. Aku bersama teman-temanku dan kami bertegur sapa. Oleh kerana aku latihan praktikal di situ, maka aku akan berjumpa dengan dia selama dia berada di bangsal rumah sakit. Aku senang berbual dengannya. Semasa dia hendak keluar dari rumah sakit, dia menghulurkan secebis kertas mengandungi nombor telefonnya. Malahan ibunya yang menemaninya juga waktu itu, beria-ria mengajakku ke rumahnya.
Selepas mendapatkan nombor telefonnya, aku menelefonnya. Dia sangat gembira bila aku menelefonnya. Dia tertunggu-tunggu panggilan dariku. Bermula dari situ kami mengatur pertemuan. Rupanya dia seorang pemain football mewakili negerinya. Aku kerap menemaninya latihan bola di padang. Aku juga mengenali beberapa orang temannya.
Sepanjang mengenalinya aku kerap ke rumahnya menemui ibunya yang sudah menganggap aku anak adopsinya. Semenjak aku diperkenalkan dengan teman-temannya, kami tidaklah rapat sangat tetapi ada yang berani mengajak aku keluar apabila si dia outstation.
Si dia suka menghantar bakul bunga jika aku merajuk. Kadang-kadang dia menghantar bekalan makanan yang dimasak ibunya ke hostel penginapanku. Malahan dia juga suka membelanjakan Guard di pintu hostelku agar memaksa aku keluar jika aku merajuk.
Pertemanan aku dengan si dia terputus apabila aku mula pindah kerja. Kini aku langsung terputus khabar darinya. Rindu? Entah bagiku kini tiada lagi rindu itu. Adalah sekali sekala teringat wajah dan suaranya yang lembut memujukku.
Kini dia hanya tinggal kenangan.
(Curhat Seorang Kenalan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan