Memaparkan catatan dengan label Kita Kongsi Yang Baik Sahaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kita Kongsi Yang Baik Sahaja. Papar semua catatan

Rabu, 27 Disember 2023

Dia Yang Pernah Berteman Denganku


Entah kenapa tanpa aku sedari aku rupanya seorang yang mudah tertarik dengan lelaki malahan lelaki juga mudah tertarik denganku. Aku teringat pacarku yang entah ke berapa pernah mengatakan kepadaku setelah kami berhubungan semula. Katanya saat kami masih bersama dia tertarik kepadaku kerana body aku sexy. Aku tak tahu sexy tang mana sebab teman-teman gadisku mengatakan badan aku kurus kering tinggal tulang aje. Tapi aku tak nafikan ada beberapa lelaki yang aku kenali sebelum ini  suka berkawan denganku malahan ada yang sampai sekarang masih berhubungan. Malahan ada yang menangis gara-gara aku memutuskan untuk berpisah. Walhal kebanyakannya aku abaikan dan terputus seusai aku menyepi ikut peredaran waktu. Aku menyembunyikan identitasku. 

Cerita aku ini tentang dia jejaka yang aku sudah lupa yang keberapa. Aku kenal dia ketika di rumah sakit. Waktu itu aku masih lagi di awal pengajianku. Aku bersama teman-temanku dan kami bertegur sapa. Oleh kerana aku latihan praktikal di situ, maka aku akan berjumpa dengan dia selama dia berada di bangsal rumah sakit. Aku senang berbual dengannya. Semasa dia hendak keluar dari rumah sakit, dia menghulurkan secebis kertas mengandungi nombor telefonnya. Malahan ibunya yang menemaninya juga waktu itu, beria-ria mengajakku ke rumahnya. 

Selepas mendapatkan nombor telefonnya, aku menelefonnya. Dia sangat gembira bila aku menelefonnya. Dia tertunggu-tunggu panggilan dariku. Bermula dari situ kami mengatur pertemuan. Rupanya dia seorang pemain football mewakili negerinya. Aku kerap menemaninya latihan bola di padang. Aku juga mengenali beberapa orang temannya. 

Sepanjang mengenalinya aku kerap ke rumahnya menemui ibunya yang sudah menganggap aku anak adopsinya. Semenjak aku diperkenalkan dengan teman-temannya, kami tidaklah rapat sangat tetapi ada yang berani mengajak aku keluar apabila si dia outstation. 

Si dia suka menghantar bakul bunga jika aku merajuk. Kadang-kadang dia menghantar bekalan makanan yang dimasak ibunya ke hostel penginapanku. Malahan dia juga suka membelanjakan Guard di pintu hostelku agar memaksa aku keluar jika aku merajuk.

Pertemanan aku dengan si dia terputus apabila aku mula pindah kerja. Kini aku langsung terputus khabar darinya. Rindu? Entah bagiku kini tiada lagi rindu itu. Adalah sekali sekala teringat wajah dan suaranya yang lembut memujukku.

Kini dia hanya tinggal kenangan. 


(Curhat Seorang Kenalan)

Selasa, 19 Disember 2023

Baik Korang Install Apps Notion kat Fon Korang

Semenjak aku install Aplikasi Notion dekat aku punya fon, banyak membantu aku dalam menguruskan perancangan aktiviti harian. 

Awal pengunaan aku tak tau apa yang aku nak buat dengan notion. Setahun terperuk dalam telefon. Aku dah download template tapi masih buta huruf tak tau nak buat apa. Sehinggalah kebelakangan ini sekitar bulan Oktober 2023 aku mula terokai Notions. Cedok pelajaran dari Apps Lemon8, Pinterest, You Tube dan lain-lain barulah aku faham cara guna.

Sekarang kalau aku nak atur jadual aku guna Notion. Nak buat temujanji aku guna Calendar dalam fungsi Notion. Aku paling suka fungsi TO DO List. Aku boleh terus taip apa yang aku rasa aku nak buat pada waktu itu atau pada masa akan datang. Kemudian bila aku dah lakukan apa yang aku list tu aku akan tick. Ianya Automatik akan tergaris di atas tulisan menandakan aku dah buat. Kita boleh nak padam atau biarkan ianya tergaris begitu sahaja. Aku lebih suka biarkan menandakan kita dah pernah buat.

Selain itu fungsi blog pula aku boleh menaip terus skrip yang aku terlintas masa tu. Tak adalah aku beria-ria bayangkan tapi kemudian terlupa dah skrip asal dalam kepala sebab tak taip awal-awal. Dnegan adanya notion ni aku terus keluarkan telefon, buka apps notion dan taip apa yang aku nak taip.Ianya aku boleh buka di telefon atau di PC. Sebab kena log in guna email untuk masuk ke Notion ni. Ianya Auto save. Tak perlu risau hilang kecuali kita delete.

 Selain tu rekod perbelanjaan juga aku tulis kat Notion. Siap ambil gambar barang lagi. Sangat membantu rekod perbelanjaan.

Template My Calendar aku guna untuk meracang aktivit yang aku nak buat pada sesuatu tarikh. Malah aku tulis juga Virthday Keluarga dan kenalan yang aku ingat. Memang sangat-sangat menyenangkan.


Dengan adanya Notion tak perlu lagi guna kertas. Boleh rujuk gambar di bawah tentang kepelbagaian maklumat yang aku nak boleh kita buat kat Notion.


Berminat nak install boleh taip kat google play Apps NOTION. Install pastu sign up guna email. Pastu ada tutorial bermula nk guna Notion. Pastu carilah template yang menarik free taip Notion Template akan jumpa bermacam-macam pilihan.

Selamat Ber Notion!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...