Khamis, 3 September 2020

Sebuah Nama Yang Tidak Mampu Aku Kikis...

Aku kenal  dia lewat sebuah nota salam perkenalan. Rentetan itu pertemuan diatur dan bermulalah sebuah hubungan yang samar-samar. Dia memperkenalkan diri sebagai seorang pejuang nun di angkasa. Namanya bermula dengan RH
Dia datang menemuiku dan aku sebagai seorang pingitan bertemankan kawan sepermainan mengatur pertemuan di sebuah tempat. Pertemuan pertama itu aku mendapati dia seorang yang kacak dan berkarisma tetapi beza usianya denganku agak jauh. Hati aku berbelah bahagi untuk meneruskan atau harus menoktah setakat itu sahaja?
Namun aturan itu berbeza dan aku teruskan. Kami mengatur pertemuan seterusnya. Kengkangan masa dan jarak menjadi kami jarang-jarang dapat bersua. Namun surat darinya tetapi mengiringi saban waktu. Dia lebih suka menghantar kad ucapan mengkhabar diri. Bila dia ke mana sahaja sekeping poskad menjadi utusan dirinya.
Sepanjang 2 tahun berhubungan hanya beberapa pertemuan sahaja kami aturkan. Dia kerap menghantar hadiah untukku dan gambar lewat pertemuan.
Apabila keluar negara seperti Kanada, Liberia dan lain-lain dia kerap menghantar poskad dan juga surat mengkhabarkan dirinya. Sehinggalah satu ketika dia mengkhabarkan dia terpaksa bertugas di perbatasan selama setahun. Mengikut perancangan sekembalinya saat itu dia akan melamarku.
Namun aturan tuhan sebaliknya. Enam bulan selepas pemergiannya hati aku mula ada bisikan. Aku rasakan seolah dia sengaja melarikan diri kerana sepi tanpa berita. 
Akhirnya aku menerima lamaran pria lain dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Selepas aku mendapat seorang cahayamata dia tiba-tiba menghantar sekeping kad perayaan. Diikuti dengan kad-kad ucapan lain lewat setiap perayaan termasuk hari wanita. Waktu itu hati aku berbelah bahagi. Namun kewarasan mengatasinya.
Aku beranikan diri memberitahu bahawa aku telah bertukar status menjadi milik pria lain. Dia mulanya terkejut namun menerimanya tapi dia memohon padaku agar tidak memutuskan silaturahim kami. Tidak lama kemudian dia memberitahu dia telah mengikuti jejak langkahku kira-kira selepas setahun kemudian.  Selepas itu hubungan kami diteruskan secara maya sehinggalah tahun 2008 menjadi titik pertemuan terakhir kami secara bersemuka. Waktu itu aku sudah mempunya 5 orang cahaya mata. Rasa bersalah ada pasangan memang tidak dapat dielak. Syukurlah kami masih dalam perlindungan-Nya. Kami hanya keluar makan dan kemudia kembali. Waktu itu aku melihat dirinya sudah jauh berubah. Fizikal ternyata sudah semakin menyerlahkan usianya. Dia bertanyakan adakah aku keturunan 'Pendekar' kerana katanya dalam ramai-ramai wanita yang dia kenali, aku salah seorang yang sukar untuk dia lupakan. Aku mengiayakan kerana susur galur sebelah bondaku yang berketurunan bangsawan zaman dahulu tapi kini kami hanya bersederhana kerana susur galur keturunan bukan lagi jaminan kehidupan. 
Aku ada menerima mesej darinya sekali sekala. Suatu hari  beberapa tahun kemudian, waktu aku sedang memandu kereta sendirian, aku menerima satu panggilan telefon dari seorang perempuan. Dia memperkenalkan diri sebagai Yati. Mengaku isteri kepada si RH. Dia bertanyakan suaminya. Menduduh suaminya ada bersamaku. Aku memberitahu secara jujur bahawa aku sudah lama tidak berhubungan dengan suaminya. Apatah lagi bersua muka. Yati menangis dan seolah tidak percaya kata-kataku. Aku memutuskan panggilannya. Apa yang menghairankan bagaimana dia mendapat nombor telefonku. Aku memang ada memberi nombor telefonku kepada RH sebelum ini.
Selepas Yati menghubungiku, aku menghantar mesej kepada RH memberitahu perihal seorang perempuan menelefonku bertanya RH. RH hanya memintaku mengabaikan sahaja. Aku akur dan perihal itu berlalu begitu sahaja. Yati tidak lagi menelefonku. 
Tidak lama selepas itu RH menghantar gambarnya kepadaku memberitahu dia kemalangan udara dan patah peha. Dia menunjukkan gambarnya berada di katil hospital dengan besi berceracak. Dari situ kami mula berbalas mesej beberapa ketika sekadar untuk bertanya khabar. Aku dan dia terpisah beratus kilometer dan mustahil untuk kami berjumpa.
Seiring waktu berlalu kami akhirnya menyepi. Bermulanya apabila aku memberitahu sudah lama tidak bersuanya. Waktu itu aku terlupa pertemuan kami di ibu kota tahun 2008. Aku hanya mengingati pertemuan kami 8 tahun terkebelakang. Dia seakan tidak berpuashati dengan kenyataanku itu. Lantaran merasa malu, aku tidak lagi menghubunginya semenjak itu sehingga kini.
Setiap kali ulang tahun kelahirannya, aku mengingati tapi aku hanya mengucap di angin nan lalu. Tanpa dia ketahui. Hanya berdoa dari jauh semoga dia sihat dan dipanjangkan umur. Ikhlas dari hati aku masih mengingatinya hingga kini.
Aku masih lagi mencuri mencari perihal dirinya di alam maya. Berita atau cerita terbarunya agak terbatas. Aku dapati dia tidak aktif media sosial. Namun bila aku menaip nama penuhnya akan adalah beberapa coretan terkait. Malahan dari situ aku dapati dia telah bersara dari kerjayanya. 
Melihat foto terbarunya yang semakin berusia berkemungkinan aku tidak akan mengenali dirinya lagi sekiranya kami terjumpa di luar. 
Apa yang aku rasa aturan Allah adalah terbaik. Membaca beberapa artikel terkait dirinya barulah aku tahu rupanya aku bukanlah wanita yang dikenalinya malahan ada komen yang kini sudah di delete dari sebuah blog, bahawa dia suka mempermainkan perempuan. Seorang wanita berbangsa asing yang memberi komen tersebut membuat hati aku rasa sakit. Rasa dibohongi selama mengenalinya. Seunik namanya maka aku dapati beberapa nama yang mungkin anak-anaknya ada yang lahir sebelum aku mengenalinya sedangkan waktu itu dia memberitahuku dia masih bujang dan belum pernah berkahwin.Rupanya aku dibohongi. Atau mungkinkah dia duda saat itu. Aku tidak tahu cerita sebenarnya. Malahan kini beberapa nama yang berbinkan namanya yang unik kuanggap sebagai anak-anaknya. Kasihan isterinya yang mempunyai suami seperti dirinya. Harap dia telah berubah.

Sekian waktu berlalu, aku masih mengingati dirinya. Masih merindui dirinya. Malahan gambarnya yang diberi kepadaku masih aku simpan secara tersembunyi.
Maafkan aku suamiku.

Curhat Seorang Kenalan

Rabu, 16 Januari 2019

Adakah Dia Cinta Pertamaku?


 Aku mengenali dia semasa aku di bangku SMA. Perhubungan kami diteruskan sehingga aku masuk ke kolej. Dia juga dikolej yang sama denganku. Aku juga tidak menyangka dia mendapat tempat yang sama denganku.Semasa di kolej kami mencuri peluang untuk keluar bersama setiap hujung minggu. Aku dan dia terbatas pertemuan kerana kami masih belajar. 

Semasa aku di tahun kedua, dia tiba-tiba menghilang. Aku nanar mencarinya. Lama kemudian aku mendapat tahu dari temannya bahawa dia telah berhenti kolej. Aku rasa sangat terkilan kerana dia tidak memberitahuku langsung. Waktu itu aku sibuk dengan ujian semester. Keputusan ujianku hanya cukup makan sahaja yang melayakkan aku untuk meneruskan pengajianku.

Teringat aku semasa di sekolah SMA, aku berjumpa dengan adik perempuannya. Dia mengenaliku sebagai kekasih abangnya. Adiknya mengharapkan hubungan aku dan abangnya berkekalan. 

Namun jodoh kami hanya setakat itu sahaja kerana sehingga aku tamat pengajian dan bekerja serta berkahwin selepas tahun ketiga bekerja, aku tidak pernah menemuinya lagi. 

Kini cerita mengenai dia ada sekali sekala aku selidiki dari adiknya yang masih menjadi kenalan rapatku. Abangnya telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Aku tidak kerap bertanya perihal dia kerana aku tahu batasan diriku. Sekadar ingat tak semestinya bersua.

Melihat wajah pria yang menemani hidupku kini, pasti aku kadang-kadang teringat dia. Wajahnya yang kacukan Cina Melayu sedangkan pria yang menemani hidupku berwajah seakan sama walaupun dia campuran Minang dan Rawa. Kedua-duanya berwajah tiongkok. Itulah yang pertama dan Insya-Allah yang terakhir untukku.

(Curhat Seorang Kenalan)

Rabu, 9 Mac 2016

Kembalikan Cincin Milik Timah

Anas! Nama ringkas pria itu. Aku mengenalinya semasa aku di tahun kedua pengajian. Kami berkenalan ketika aku keluar shopping dengan teman-teman. Waktu itu aku agak tomboy berambut pendek dan berpakaian lelaki. Namun dia berani menyapaku.

Kami menjadi rapat hingga teman-temannya menganggap kami pasangan kekasih. Waktu itu setiap kali aku hendak kembali ke kolej dia yang akan menjemputku dari stesyen bas. Malahan dia juga menemani menghantarku ke stesyen bas setiap kali aku hendak balik ke rumah orang tuaku.

Setiap hujung minggu kami akan keluar membonceng motornya. Dia membawaku ke rumah kakak angkatnya. Kami memasak di situ dan kemudian kami akan ke sungai berdekatan dengan rumah kakak angkatnya untuk berkelah dan mandi. Aku rasa bebas bersamanya. Bebas dalam erti kata, keluar berjalan-jalan, berkelah, bermain air dan dia menjemput dan menghantarku ke stesyen bas setiap kali hendak balik ke rumah orang tuaku. Walaupun kami agak berpeleseran, bergurau senda tapi kami masih menjaga batasan. Kerana enggan menyentuh tangannya hingga ke hari ini sebentuk cincin milikku yang diambil di sarung ke tangannya hingga kini tidak dikembalikannya. Cincin itu adalah pemberian ibuku semasa aku lulus sekolah menengah. Dia hanya ingin mengembalikan cincin itu andainya aku ambil sendiri dari tangannya. Sedangkan aku enggan menyentuh tangannya kerana aku tahu batasannya. 

Namun hubungan kami terputus setelah dia tamat pengajian. Hingga kini aku tidak pernah berjumpa walaupun aku tahu tempat kerjanya di mana. Bila diingat kisah aku dan dia terasa bodohnya aku bila mendengar cerita dari kakak senior yang satu tempat kerja dengannya, dia sudah bertunang dan akhirnya berkhawin dengan perempuan lain. Aku bersyukur kerana tidak sepenuh hati menaruh harapan padanya. Andainya terjumpa aku kembali dengan dia aku hanya ingin mengatakan padanya...

"Kembalikan Cincin Milik Timah..."


(Curhat Seorang Teman)
 

Selasa, 15 Disember 2015

Janganlah asyik negatif aje

Aku dan dia sebuah pertemuan yang sudah ditakdirkan. Aku yang polos, aku yang naif akhirnya terikat sepanjang hayat bersama dia. Sebuah permulaan yang bukan baik. Tapi aturan tidak dapat dihindari. Aku teringat kata-kata seorang teman, jangan tersalah pilih demi masa depan. Adakah aku yang rabun atau aku yang terdesak.
Dia bukan sebuah cinta yang tulus.
Memperkenalkan diri sebagai individu lain. Membawa khabar yang manis untuk masa depan hingga akhirnya aku pasrah dan redha dengan hidup ini. Walaupun kadang-kadang aku rasa sakit untuk teruskan.
Dia menjanjikan masa depan yang cerah. Menjanjikan sebuah mahligai impian dambaan setiap wanita.
Bila ibubapa bertanyakan adakah aku benar-benar bersedia untuk meneruskan sebuah ikatan ini. Aku mengiayakan walaupun hati masih lagi berbelah bahagi. Melihat teman-teman sudah berteman tapi separuh usia ini aku masih lagi mencari dan teraba-raba dalam kehidupan.
Kerana cinta dalam diri membuat  aku selalu terjaga untuk setia pada dirinya. Dia memberiku makna bahagia walaupun tanpa sebuah pertemuan nyata. Namun demi sebuah janji akhirnya aku akur dan menyerah diri untuknya agar bisa menjaga masa depanku.
Seawal malam pengantin, sudah banyak petanda bahawa masa depan tidak seindah impian. Mahligai indah hanya dimata orang lain namun aku yang harus lalui penuh dengan kerikil yang menikam tapak kaki. Terluka dan terus terluka.
Mas kahwin juga sudah terselit banyak persoalan walaupun akhirnya dia menyediakan juga. Nilainya juga menurut dia hanya sekadar melepas batuk ditangga.Tetapi kerana sudah diikat untuk setia, dilalui jua. Jodoh itu berat tapi ianya masih bertahan hingga kini. Kisah Wanita teraniaya harus menafkahi diri sendiri dan keluarga. Kehidupan tanpa nafkah zahir dan batin tetap tegar diharungi. Walaupun hatinya masih amengharapkan sinar mungkinkah ada perubahan tapi dia sudah lelah sebenarnya. Andainya dia mengalah, banyak hati yang perlu dijaga.
"Kamu cantik, muda dan punya kerjaya kenapa harus bertahan pada sebuah kehidupan penuh toksik ini?"
"Aku takut untuk hadapi hidup tanpa seorang yang bergelar lelaki walaupun ianya tiada fungsi."
"Sampai bila kau mahu menghambakan diri dan berkorban? Bangkitlah!"
"Tidak! Aku redha dengan apa yang aku lalui ini."
"Redha katamu? Kalau redha kenapa kamu menangis kepadaku?"
"Aku perlu curhat untuk menghilangkan ketegangan dalam diriku."

(Curhat Seorang Kenalan)

Isnin, 24 November 2014

Cara Mengajar Anak


Tengah aku syiok mengadap laptop tib-tiba jantungku tersentap lagi.
Mak ooi kuatnya hero malaya tu menjerit kat anaknya.
Mula-mula aku ingat dia dera anak dia. Rupanya dia menjerit semasa mengajar anaknya subjek Matematik.
Aku terkedu juga mendengar cara dia mengajar anaknya itu. Rajinnya dia mengajar anaknya itu.
Tapi lam kepala aku lain plak jadinya sebab duk fikir kesian plak dengar budak tu menangis. Yalah dah bodoh otak letak kat mana...

Erm.. korang agak boleh ke anaknya itu menerima pengajaran bapak dia dengan suara cam petir sampai menangis budak itu.
Aku tak nak komen lebih sebab kalau aku punya anak nanti seriau plak kalau laki aku buat cam tu kat anak. maunya aku menangis mendengar anakku dimarahi walaupun oleh suami aku sendiri
Apa ajelah..
Sekarang ni kena buat cam gini...
Ada aku kesah ?

Ahad, 23 November 2014

Pokai Oh Pokai..

Aku dah tahap sentap layan perasan mengong. Serabut kepala aku memikirkannya. Duit... duit.. duit.. itu yang paling menyesakkan hati aku. Hari ni makan punyalah beringat. Duit kat tangan ada dalam doploh henget. Korang tau tak, aku kuar ngn team biasalah sbb aku ni leader so masa singgah kat kedai makan tu aku yang kena belanja. Hahaha.. sebab aku tau poket aku tiris sket minggu ni jadi aku pun hanya order minuman je...
Masa nak bayar tersentap aku jap... cukup2 duit yang ada kat tangan aku tu.

Isnin, 3 November 2014

Aku Nak Duit Aku..

Dia ni kan suka sangat bikin aku jadi hangat.
Stress woit bila duit aku dah labur ratusan ribu kat dia tapi dia buat derk aje.
Aku intai dari jendela umah aku dia hanya lepak-lepak, makan tidur aje kejanya. Pastu kuar merayap ngn motor dan kadang2 ngn keta dia.
Korang jgn terkejut bila aku sebut duit aku ratusan ribu dia pinjam. Klu RM230k tu x ke ratusan ribu tu. Klu ikutkan hal yg sebenarnya aku buat loan bank nak bagi pinjam kat dia sebab dia janji nk bayar balik kat aku 3 kali ganda. Tapi kini aku jadi sakit hati plak bila dia buat derk aje.
Aku tgk dia skrg ni pun dah jarang2 kuar keja.
Apa pun aku nak juga duit aku tu.
Dahlah skrg ni aku tak bleh bermewah lagilah sebab gaji aku dah ciput kena potong bank.
Korang jgn tanya kenapa aku baik hati bagi pinjam kat dia duit sebanyak itu? Aduhai sebab aku percayakan dia. Aku yakin sgt kononnya dia bleh ganti balik duit aku itu. Tapi kini aku hanya melangut dan merungut lam hati bila terima payslip aku separuh gaji aku dipotong utk melunaskan loan itu.
Aku rasa stress sangat tapi aku tau kesilapan yg aku dah buat tu dan kebodohan aku dipergunakan olehnya untuk dapat duit aku tu..
Adoi aku rasa nak say good bye aje..
Okeylah..
Good bye..
Nak tidur dulu lah...
Ada AkU KeSah?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...