Dia bukan sebuah cinta yang tulus.
Memperkenalkan diri sebagai individu lain. Membawa khabar yang manis untuk masa depan hingga akhirnya aku pasrah dan redha dengan hidup ini. Walaupun kadang-kadang aku rasa sakit untuk teruskan.
Dia menjanjikan masa depan yang cerah. Menjanjikan sebuah mahligai impian dambaan setiap wanita.
Bila ibubapa bertanyakan adakah aku benar-benar bersedia untuk meneruskan sebuah ikatan ini. Aku mengiayakan walaupun hati masih lagi berbelah bahagi. Melihat teman-teman sudah berteman tapi separuh usia ini aku masih lagi mencari dan teraba-raba dalam kehidupan.
Kerana cinta dalam diri membuat aku selalu terjaga untuk setia pada dirinya. Dia memberiku makna bahagia walaupun tanpa sebuah pertemuan nyata. Namun demi sebuah janji akhirnya aku akur dan menyerah diri untuknya agar bisa menjaga masa depanku.
Seawal malam pengantin, sudah banyak petanda bahawa masa depan tidak seindah impian. Mahligai indah hanya dimata orang lain namun aku yang harus lalui penuh dengan kerikil yang menikam tapak kaki. Terluka dan terus terluka.
Mas kahwin juga sudah terselit banyak persoalan walaupun akhirnya dia menyediakan juga. Nilainya juga menurut dia hanya sekadar melepas batuk ditangga.Tetapi kerana sudah diikat untuk setia, dilalui jua. Jodoh itu berat tapi ianya masih bertahan hingga kini. Kisah Wanita teraniaya harus menafkahi diri sendiri dan keluarga. Kehidupan tanpa nafkah zahir dan batin tetap tegar diharungi. Walaupun hatinya masih amengharapkan sinar mungkinkah ada perubahan tapi dia sudah lelah sebenarnya. Andainya dia mengalah, banyak hati yang perlu dijaga.
"Kamu cantik, muda dan punya kerjaya kenapa harus bertahan pada sebuah kehidupan penuh toksik ini?"
"Aku takut untuk hadapi hidup tanpa seorang yang bergelar lelaki walaupun ianya tiada fungsi."
"Sampai bila kau mahu menghambakan diri dan berkorban? Bangkitlah!"
"Tidak! Aku redha dengan apa yang aku lalui ini."
"Redha katamu? Kalau redha kenapa kamu menangis kepadaku?"
"Aku perlu curhat untuk menghilangkan ketegangan dalam diriku."
(Curhat Seorang Kenalan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan