Dia datang menemuiku dan aku sebagai seorang pingitan bertemankan kawan sepermainan mengatur pertemuan di sebuah tempat. Pertemuan pertama itu aku mendapati dia seorang yang kacak dan berkarisma tetapi beza usianya denganku agak jauh. Hati aku berbelah bahagi untuk meneruskan atau harus menoktah setakat itu sahaja?
Namun aturan itu berbeza dan aku teruskan. Kami mengatur pertemuan seterusnya. Kengkangan masa dan jarak menjadi kami jarang-jarang dapat bersua. Namun surat darinya tetapi mengiringi saban waktu. Dia lebih suka menghantar kad ucapan mengkhabar diri. Bila dia ke mana sahaja sekeping poskad menjadi utusan dirinya.
Sepanjang 2 tahun berhubungan hanya beberapa pertemuan sahaja kami aturkan. Dia kerap menghantar hadiah untukku dan gambar lewat pertemuan.
Apabila keluar negara seperti Kanada, Liberia dan lain-lain dia kerap menghantar poskad dan juga surat mengkhabarkan dirinya. Sehinggalah satu ketika dia mengkhabarkan dia terpaksa bertugas di perbatasan selama setahun. Mengikut perancangan sekembalinya saat itu dia akan melamarku.
Namun aturan tuhan sebaliknya. Enam bulan selepas pemergiannya hati aku mula ada bisikan. Aku rasakan seolah dia sengaja melarikan diri kerana sepi tanpa berita.
Akhirnya aku menerima lamaran pria lain dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Selepas aku mendapat seorang cahayamata dia tiba-tiba menghantar sekeping kad perayaan. Diikuti dengan kad-kad ucapan lain lewat setiap perayaan termasuk hari wanita. Waktu itu hati aku berbelah bahagi. Namun kewarasan mengatasinya.
Aku beranikan diri memberitahu bahawa aku telah bertukar status menjadi milik pria lain. Dia mulanya terkejut namun menerimanya tapi dia memohon padaku agar tidak memutuskan silaturahim kami. Tidak lama kemudian dia memberitahu dia telah mengikuti jejak langkahku kira-kira selepas setahun kemudian. Selepas itu hubungan kami diteruskan secara maya sehinggalah tahun 2008 menjadi titik pertemuan terakhir kami secara bersemuka. Waktu itu aku sudah mempunya 5 orang cahaya mata. Rasa bersalah ada pasangan memang tidak dapat dielak. Syukurlah kami masih dalam perlindungan-Nya. Kami hanya keluar makan dan kemudia kembali. Waktu itu aku melihat dirinya sudah jauh berubah. Fizikal ternyata sudah semakin menyerlahkan usianya. Dia bertanyakan adakah aku keturunan 'Pendekar' kerana katanya dalam ramai-ramai wanita yang dia kenali, aku salah seorang yang sukar untuk dia lupakan. Aku mengiayakan kerana susur galur sebelah bondaku yang berketurunan bangsawan zaman dahulu tapi kini kami hanya bersederhana kerana susur galur keturunan bukan lagi jaminan kehidupan.
Aku ada menerima mesej darinya sekali sekala. Suatu hari beberapa tahun kemudian, waktu aku sedang memandu kereta sendirian, aku menerima satu panggilan telefon dari seorang perempuan. Dia memperkenalkan diri sebagai Yati. Mengaku isteri kepada si RH. Dia bertanyakan suaminya. Menduduh suaminya ada bersamaku. Aku memberitahu secara jujur bahawa aku sudah lama tidak berhubungan dengan suaminya. Apatah lagi bersua muka. Yati menangis dan seolah tidak percaya kata-kataku. Aku memutuskan panggilannya. Apa yang menghairankan bagaimana dia mendapat nombor telefonku. Aku memang ada memberi nombor telefonku kepada RH sebelum ini.
Selepas Yati menghubungiku, aku menghantar mesej kepada RH memberitahu perihal seorang perempuan menelefonku bertanya RH. RH hanya memintaku mengabaikan sahaja. Aku akur dan perihal itu berlalu begitu sahaja. Yati tidak lagi menelefonku.
Tidak lama selepas itu RH menghantar gambarnya kepadaku memberitahu dia kemalangan udara dan patah peha. Dia menunjukkan gambarnya berada di katil hospital dengan besi berceracak. Dari situ kami mula berbalas mesej beberapa ketika sekadar untuk bertanya khabar. Aku dan dia terpisah beratus kilometer dan mustahil untuk kami berjumpa.
Seiring waktu berlalu kami akhirnya menyepi. Bermulanya apabila aku memberitahu sudah lama tidak bersuanya. Waktu itu aku terlupa pertemuan kami di ibu kota tahun 2008. Aku hanya mengingati pertemuan kami 8 tahun terkebelakang. Dia seakan tidak berpuashati dengan kenyataanku itu. Lantaran merasa malu, aku tidak lagi menghubunginya semenjak itu sehingga kini.
Setiap kali ulang tahun kelahirannya, aku mengingati tapi aku hanya mengucap di angin nan lalu. Tanpa dia ketahui. Hanya berdoa dari jauh semoga dia sihat dan dipanjangkan umur. Ikhlas dari hati aku masih mengingatinya hingga kini.
Aku masih lagi mencuri mencari perihal dirinya di alam maya. Berita atau cerita terbarunya agak terbatas. Aku dapati dia tidak aktif media sosial. Namun bila aku menaip nama penuhnya akan adalah beberapa coretan terkait. Malahan dari situ aku dapati dia telah bersara dari kerjayanya.
Melihat foto terbarunya yang semakin berusia berkemungkinan aku tidak akan mengenali dirinya lagi sekiranya kami terjumpa di luar.
Apa yang aku rasa aturan Allah adalah terbaik. Membaca beberapa artikel terkait dirinya barulah aku tahu rupanya aku bukanlah wanita yang dikenalinya malahan ada komen yang kini sudah di delete dari sebuah blog, bahawa dia suka mempermainkan perempuan. Seorang wanita berbangsa asing yang memberi komen tersebut membuat hati aku rasa sakit. Rasa dibohongi selama mengenalinya. Seunik namanya maka aku dapati beberapa nama yang mungkin anak-anaknya ada yang lahir sebelum aku mengenalinya sedangkan waktu itu dia memberitahuku dia masih bujang dan belum pernah berkahwin.Rupanya aku dibohongi. Atau mungkinkah dia duda saat itu. Aku tidak tahu cerita sebenarnya. Malahan kini beberapa nama yang berbinkan namanya yang unik kuanggap sebagai anak-anaknya. Kasihan isterinya yang mempunyai suami seperti dirinya. Harap dia telah berubah.
Sekian waktu berlalu, aku masih mengingati dirinya. Masih merindui dirinya. Malahan gambarnya yang diberi kepadaku masih aku simpan secara tersembunyi.
Maafkan aku suamiku.
Curhat Seorang Kenalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan