Selasa, 23 September 2014

Jangan Percayai Dia

Sekeliling kita sebenarnya ramai orang yang sedang menunggu dan menanti kita untuk rebah tersungkur kemudian bertepuk tangan apabila kita jatuh.
Aku perasan sangat dengan some one ni. Dia ni bleh dikatakan baik dan sangat rapat dengan aku. Sampaikan aku kadang-kadang menjadikan dia tempat aku mengadu dan berkongsi masalah. Walaupun di sudut hati aku mengatakan dia tidak boleh dipercayai tetapi aku masih lagi menjadikan dia sandaran untukku jadikan seseorang yang boleh dipercayai.
Aku teringat mummy aku pernah beritahu seseorang yang berfizikal sedemikian sebenarnya tidak boleh dipercayai.
Dia memang sangat pandai bermulut manis dan bicaranya aduh.. membuat semua orang menyanjunginya. Namun dalam dia dia bagaikan mengguting dalam lipatan dan dia jugalah api dalam sekam yang membakar kita dalam diam.
Aku perasan kebelakangan ini dia semakin ada tanda-tanda dan mula menunjukkan belangnya.

Aku teringat seorang teman lelaki (Bukan kekasih aku) peranah memberitahu dia ni jenis orang yang tidak boleh dipercayai...
tapi aku masih lagi mempercayainya berdasarkan layanannya di depanku dan dibelakangku aku melihat orang semakin ramai yang berperasangka buruk kepadaku...dan menjauhkan diri dari ku..

Haish.... ada aku kesah...?


Jumaat, 14 Mac 2014

Cerita pasal mood hari ni

Mood aku hari ni okey. Hahaha tak de tanda datang bulan kot...
Pagi bangun awal. Cuci baju. Campak lam mesin basuh. Tak banyak pun hanya 3 bakul je. Itu pun sebab dah seminggu tak cuci baju.
Aku masak nasi je. Lauk beli kedai sebab aku nak makan lebih.
Huhuhu...
Plan nak kemas bilik. Siap ambik gambar sebelum lagi. Tapi setengah jam kendian tetap camtu gak. Mood rajin tak datang2. Berat semacam plak tulang lepas penat ampai baju.
Kasut dekat 8 pasang aku jemur.
Petang ni cuaca hangat gak. Tak ada tanda2 nak hujan. Kain baju kat ampaian aku dah angkat masih terperosok lam bakul. Lum berlipat. Nak tunggu mood rajin datang.
Alih2 aku duduk termenung mengadap lappy dan sambungkan streamyx ketuk keyboard merapu kat sini.
Itu je cerita pasal mood aku hari ni.
Ada aku kesah......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Khamis, 6 Mac 2014

Benci Vs Menyampah


Hari aku rasa stress sangat. Ngongngong. Itu lecturer aku suka sebut.
Hari ni juga aku tak mahu campur ngn sapa2 hanya mengadap laptop.
Hati aku rasa semacam aje. Marah sedikit tapi masih boleh dikawal. Sebenarnya bukan marah ! Sedikit kecewa dan menyampah yang teramat.
Ada juga rasa .. yea..yea.. yeah...
Aku tak nak sebut padan muka dia tapi kenapa harus jadi macam ni.


Selasa, 15 Disember 2009

Jiran Sebelah Rumahhhh

 

Jiran sebelah rumah sewaku adalah dua orang lelaki. Salah seorangnya adalah suami teman serumahku. Semasa akhir pengajian aku teman-teman serumah mula berpindah. Akhirnya tinggallah aku sendirian di rumah tersebut.

Semenjak tinggal sendirian, aku tidak perasan diriku telah menjadi incaran jiran sebelah. Satu hari kami berselisih di tangga dan dia menegurku. Kami berbual dari tangga bawah hingga sampai ke depan pintu rumah sewaku. 

Satu hari dia menghantar mesej mengajak aku keluar. Katanya dia mendapat nombor telefonku dari suami teman serumahku. Kami berbual melalui telefon dan berjanji untuk keluar pada esok hari. Keesokkanya selepas solat maghrib, kami bertemu di pintu pagar  rumah sewa kami dan aku menaiki keretanya mengikutinya keluar makan. Dia membawaku makan di warung sahaja kerana itu memang pilihanku. Tempatnya agak jauh juga dari rumah sewa kami. Kami makan bubur dan dia memperkenalkan beberapa makanan yang begitu asing bagiku. 

Sepanjang aku tinggal berjiran dengannya kami sempat keluar beberapa kali. Dia adalah seorang yang sibuk dan kadang-kadang tidak balik ke rumahnya. Sekiranya dia balik, dia akan meninggalkan makanan yang dibelinya yang disangkut di pintu rumahku dan memberi tahu aku melalui telefon makanan yang dibelinya. 

Perhubungan kami terhenti setelah aku tamat pengajianku dan kami tidak pernah berjumpa selepas itu walaupun adalah sekali sekala berbalas mesej dengannya. Itu sahaja kisah aku dan dia.

(Curhat Seorang Teman Lama)

Sabtu, 27 Disember 2003

Pria tiongkok itu kekasih aku


 Aku kenal dia ketika aku bersama teman-teman sedang jogging di taman. Waktu itu teman-teman yang memprovok aku agar berkenalan dengan jejaka itu. Bagi aku dia kacak kerana wajahnya persis Pelakon Hong Kong yang aku minat waktu itu. Hati aku berbunga-bunga bila dapat berkenalan dengan dia.

Waktu itu anjing kecilnya tiba-tiba menghampiri kakiku dan berputar-putar disekeliling kakiku dan seakan hendak menyentuh kakiku. Hingga aku terlompat-lompat menghidari dari tersentuh dengan binatang kecil yang comel tapi najis mughalazoh bagiku. Sedangkan waktu itu teman-temanku hanya tertawa terbahak-bahak melihat aku yang panik terloncat-loncat mengelak dari tersentuh binatang comel itu.

Pemilik anjing itu memohon maaf dan kami terserempak sekali lagi di tempat letak kereta. Waktu itu dia dengan beraninya mengatakan ingin berkenalan denganku. Atas provoked kawan-kawan, aku dan dia akhirnya saling bertukar nombor telefon.

Semenjak itu boleh dikatakan setiap hari dia akan muncul di rumah sewaku, mengajak aku keluar atau menghantar makanan untukku. Dia rupanya student dan hobinya suka bertanding berlumba motor di sirkuit balapan. Aku cuba mengikuti dia ke stadium melihat dia berlumba tapi hati aku berdebar bila melihat dia yang berada di litar. Hati aku tak sanggup melihat kemungkinan yang mungkin terjadi akibat dari hobinya itu. Namun aku tak mampu untuk mencegah minatnya itu kerana hobi yang dilakukanya itu sudah lama dilakukan sebelum aku mengenalinya. Setiap kali dia beritahu ada perlumbaan aku enggan mengikutinya. Bila tamat perlumbaan barulah dia datang menemuiku. 

Perhubungan kami tidak mendapat restu ibunya. Bagi ibunya dia mahu anak tunggalnya itu berkahwin dengan gadis sebangsanya. Tapi kami tetap keluar dating seperti biasa. Bila kali ketiga ibunya datang berjumpa dengan bos tempat kerjaku dan atas nasihat bosku yang juga berbangsa tiongkok, aku pun mula menghindarkan diri dari kekasihku itu. Mula-mula memang aku rasa frust sangat. Kekasihku juga setiap hari muncul di depan rumah sewaku atau tempat kerjaku. Akhirnya aku terpaksa berbohong kepadanya aku sudah ada kekasih lain. Dia mulanya tidak percaya dan sangat kecewa. Maka aku terpaksa memujuk teman sekerjaku menyamar menjadi kekasih baruku. 

Sebulan selepas kami putus, tiba-tiba aku mendapat telefon dari ibunya bahawa anak tunggalnya kemalangan. Dikejar ke hospital berdekatan tempat kerjaku. Waktu itu nyawaku juga separuh melayang. Aku meraung giler sambil rakan serumahku menemani aku ke hospital. Sampai di kecemasan, aku terjah masuk ke tempat dia di rawat. Terkejut melihat dia yang tidak sedarkan diri dengan lukanya yang parah. Bila aku dilarang oleh Doktor Pakar di situ barulah aku keluar dari ruangan rawat dan darurat. Ibunya terus menerpa ke arahku. Memelukku sambil menangis. Meraung sedih atas kejadian menimpa anaknya.

Jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Akhirnya di petang tepat jam 3.39 minit petang kekasihku pergi jua meninggalkan alam fana. Aku dan ibunya meraung sambil berpelukan. Aku tidak dapat mengikuti majlis pengembumian mendiang kerana ianya dilakukan mengikut adat agamanya. Ibunya memohon maaf kepadaku kerana memisahkan kami. Malahan ibunya juga merayu kepadaku agar sudi menjadikannya ibu angkat kerana dia tiada lagi anak. Malahan dia sebatang kara. Katanya kekasihku itu selalu meminta restu untuk berkahwin denganku.  

Aku teringat mendiang pernah memintaku untuk mengubah penampilanku agar berhijab. Dia juga memintaku memakai pakaian lebih longgar kerana katanya hanya dia sahaja yang boleh melihat bentuk tubuhku apabila kami kahwin nanti. Namun niatnya itu tidak kesampaian. 

Aku hanya betul-betul berubah setelah aku berjumpa suamiku lima tahun kemudian.

Hingga kini aku masih mengingatinya. Kenapa aku tidak berjaya menariknya lebih awal kepada agamaku waktu itu? Sedangkan waktu itu dia pernah menyuarakan hasratnya untuk kami segera berkahwin walaupun tanpa restu ibunya kerana dia tidak sanggup berpisah denganku. Katanya ibunya akan restui kami setelah kami kahwin atau punya anak. Waktu itu dia sudah tamat pengajiannya dan sudah bekerja.Katanya dia sudah ada kewangan yang kukuh untuk berumah tangga dengan hasilnya di balapan dan juga kerjayanya yang sudah memasuki tahun kedua. Namun cita-cita kami tidak kesampaian.

 Hubungan aku dengan ibunya sangat baik selepas kekasihku pergi. Ibunya menyusul anaknya setahun kemudian kerana sakit demam denggi.

Itulah secebis kisah percintaan yang benar-benar terkesan dihatiku.

[ Credit : Curhat seorang kenalan ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...