Aku kenal dia ketika aku bersama teman-teman sedang jogging di taman. Waktu itu teman-teman yang memprovok aku agar berkenalan dengan jejaka itu. Bagi aku dia kacak kerana wajahnya persis Pelakon Hong Kong yang aku minat waktu itu. Hati aku berbunga-bunga bila dapat berkenalan dengan dia.
Waktu itu anjing kecilnya tiba-tiba menghampiri kakiku dan berputar-putar disekeliling kakiku dan seakan hendak menyentuh kakiku. Hingga aku terlompat-lompat menghidari dari tersentuh dengan binatang kecil yang comel tapi najis mughalazoh bagiku. Sedangkan waktu itu teman-temanku hanya tertawa terbahak-bahak melihat aku yang panik terloncat-loncat mengelak dari tersentuh binatang comel itu.
Pemilik anjing itu memohon maaf dan kami terserempak sekali lagi di tempat letak kereta. Waktu itu dia dengan beraninya mengatakan ingin berkenalan denganku. Atas provoked kawan-kawan, aku dan dia akhirnya saling bertukar nombor telefon.
Semenjak itu boleh dikatakan setiap hari dia akan muncul di rumah sewaku, mengajak aku keluar atau menghantar makanan untukku. Dia rupanya student dan hobinya suka bertanding berlumba motor di sirkuit balapan. Aku cuba mengikuti dia ke stadium melihat dia berlumba tapi hati aku berdebar bila melihat dia yang berada di litar. Hati aku tak sanggup melihat kemungkinan yang mungkin terjadi akibat dari hobinya itu. Namun aku tak mampu untuk mencegah minatnya itu kerana hobi yang dilakukanya itu sudah lama dilakukan sebelum aku mengenalinya. Setiap kali dia beritahu ada perlumbaan aku enggan mengikutinya. Bila tamat perlumbaan barulah dia datang menemuiku.
Perhubungan kami tidak mendapat restu ibunya. Bagi ibunya dia mahu anak tunggalnya itu berkahwin dengan gadis sebangsanya. Tapi kami tetap keluar dating seperti biasa. Bila kali ketiga ibunya datang berjumpa dengan bos tempat kerjaku dan atas nasihat bosku yang juga berbangsa tiongkok, aku pun mula menghindarkan diri dari kekasihku itu. Mula-mula memang aku rasa frust sangat. Kekasihku juga setiap hari muncul di depan rumah sewaku atau tempat kerjaku. Akhirnya aku terpaksa berbohong kepadanya aku sudah ada kekasih lain. Dia mulanya tidak percaya dan sangat kecewa. Maka aku terpaksa memujuk teman sekerjaku menyamar menjadi kekasih baruku.
Sebulan selepas kami putus, tiba-tiba aku mendapat telefon dari ibunya bahawa anak tunggalnya kemalangan. Dikejar ke hospital berdekatan tempat kerjaku. Waktu itu nyawaku juga separuh melayang. Aku meraung giler sambil rakan serumahku menemani aku ke hospital. Sampai di kecemasan, aku terjah masuk ke tempat dia di rawat. Terkejut melihat dia yang tidak sedarkan diri dengan lukanya yang parah. Bila aku dilarang oleh Doktor Pakar di situ barulah aku keluar dari ruangan rawat dan darurat. Ibunya terus menerpa ke arahku. Memelukku sambil menangis. Meraung sedih atas kejadian menimpa anaknya.
Jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Akhirnya di petang tepat jam 3.39 minit petang kekasihku pergi jua meninggalkan alam fana. Aku dan ibunya meraung sambil berpelukan. Aku tidak dapat mengikuti majlis pengembumian mendiang kerana ianya dilakukan mengikut adat agamanya. Ibunya memohon maaf kepadaku kerana memisahkan kami. Malahan ibunya juga merayu kepadaku agar sudi menjadikannya ibu angkat kerana dia tiada lagi anak. Malahan dia sebatang kara. Katanya kekasihku itu selalu meminta restu untuk berkahwin denganku.
Aku teringat mendiang pernah memintaku untuk mengubah penampilanku agar berhijab. Dia juga memintaku memakai pakaian lebih longgar kerana katanya hanya dia sahaja yang boleh melihat bentuk tubuhku apabila kami kahwin nanti. Namun niatnya itu tidak kesampaian.
Aku hanya betul-betul berubah setelah aku berjumpa suamiku lima tahun kemudian.
Hingga kini aku masih mengingatinya. Kenapa aku tidak berjaya menariknya lebih awal kepada agamaku waktu itu? Sedangkan waktu itu dia pernah menyuarakan hasratnya untuk kami segera berkahwin walaupun tanpa restu ibunya kerana dia tidak sanggup berpisah denganku. Katanya ibunya akan restui kami setelah kami kahwin atau punya anak. Waktu itu dia sudah tamat pengajiannya dan sudah bekerja.Katanya dia sudah ada kewangan yang kukuh untuk berumah tangga dengan hasilnya di balapan dan juga kerjayanya yang sudah memasuki tahun kedua. Namun cita-cita kami tidak kesampaian.
Hubungan aku dengan ibunya sangat baik selepas kekasihku pergi. Ibunya menyusul anaknya setahun kemudian kerana sakit demam denggi.
Itulah secebis kisah percintaan yang benar-benar terkesan dihatiku.
[ Credit : Curhat seorang kenalan ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan