Isnin, 11 Ogos 2025

Mimpi Mainan Tidur Yang Ingin Aku Ulangi

Malam tadi mimpi aku ke suatu tempat sendirian. Berjumpa dengan orang2 yang tak aku kenali. Waktu itu aku rasa hidupku tenang sahaja. Rasa bahagia yang mungkin pernah aku lalui suatu ketika dulu.
Ketika aku bersembang dengan kenalanku, melintas seorang lelaki muda. Dia berada sama di majlis itu. Memerhatiku dari jauh. Ketika dia hendak berlalu, dia menghampiriku, mencium pipiku sekilas dan melangkah pergi. Tapi dia berundur kembali dan mencium pula pipi kananku dan akhirnya di dahiku dan ubun-ubun kepalaku. Teman yang lain bertanya, siapa lelaki itu. Aku menjawab itu suamiku. Wajahnya sederhana tidaklah terlalu kacak tapi sedap mata memandang. Dia sangat menyayangiku. Menjagaku dengan baik. Bertanggungjawab memastikan aku dalam keadaan baik dan mengawasi keselamatanku walaupun dari jauh.
Ketika kami mahu balik dari majlis tersebut dia sekali lagi menghampiriku, mengajakku balik. Dia memimpin tanganku. Memeluk pinggangku dan kami melangkah bersama pulang. Waktu itu aku berasa sangat bahagia. Tiba2 aku tersedar. Waktu jam sudah 4.30 pagi.
Lelaki itu di dunia nyata tidak pernah aku temui. Aku tak tahu siapa dia sebenarnya. Wajahnya tak pernah aku jumpa di mana-mana sebelum ini. Siapakah dia.

Sehinggalah suatu hari aku terbaca dalam satu artikel mengatakan sekiranya mimpi sedemikian adalah menunjukkan adanya Jin yang cuba mendampingi. Menghadirkan mimpi sedemikian agar fikiran kita terganggu dan melalaikan kita. Melupakan pasangan sah dialam realiti. Baru ku sedar rupanya mimpi ini tidak sebarusnya aku mimpikan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...